Thursday, February 9, 2012

Peringatan buat diri dan sahabat,

   Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh. Subhanallah wal hamdulillah wala ilah haillallah wallahuakbar.

 Allah telah berfirman: "Adakah kamu menyangka kamu telah mengatakan saya telah beriman tetapi tidak akan diiuji?"

Ujian....

Apa sebenarnya ujian?
Ujian hidup ni pelbagai. Tak kisah lah kita kehilangan harta, orang yang kita sayang,atau kita kita tidak mendapat apa yang kita mahukan.. Segalanya kuasa Allah. Kita hanya mampu merancang. Tetapi Allah lah yang menentukan sama ada apa yang kita rancang tu berjaya. Saya tidak mengatakan kita tidak perlu berusaha langsung dan biarkan segalanya kepada Allah, tetapi ikhtiar itu penting.

  Alhamdulillah, sekarang saya merasa sangat gembira. Tersangat gembira. Allah memberikan sakinah dan ketenangan kepada saya. Betullah orang cakap, dengan mengingati Allah,hati-hati akan menjadi tenang. Tapi jika kita melakukan dosa, maka Allah akan tarik ketenangan hati ini. Hati kita akan menjadi gelap. Diumpamakan hati kita ini umpama seketul daging yang menjadi teras di dalam hati kita. Jika sekali kita melakukan dosa, maka akan tertitik lah satu titik hitam di hati kita. Jika setiap hari kita melakukan dosa, maka lambat laun akan gelaplah hati kita.Bagi hati orang yang telah gelap hatinya, maka akan susahlah untuk kita untuk mendapat nur dan hidayah Allah. Malahan kita akan rasa susah untuk belajar kerana ilmu itu cahaya dan cahaya tidak akan masuk kedalam hati2 orang yang melakukan maksiat.

    Saya tahu, setiap orang pernah melakukan dosa. Malahan hampir setiap hari kita melakukan dosa. Tapi ingatlah, Allah itu maha pengampun. Selagi matahari tidak terbit di sebelah barat, selagi nyawa tidak sampai ke kerongkong, marilah kita sama2 bertaubat dan memohon ampun kepada Allah, rabbul alamin. Iman manusia itu menaik dan menurun. Iman kita bukan seperti iman para malaikat dan rasul yang sentiasa meningkat. Oleh itu kita mestilah sentiasa memperbaharui iman kita, jadidu imanana. Janganlah kita sia2kan masa yang ada dengan hiburan. Hiburan itu boleh tapi mestilah berpada-pada.

  Ilmu juga jangan dilupa. Kita mestilah menuntut ilmu dari kita kecil sehingga nyawa di penghujung badan. Tetapi pastikan ilmu itu ilmu yang bermanfaat, janganlah kita sengaja mencari ilmu yang tidak bermanfaat seperti ilmu hitam dan sihir. belajar itu tidak salah tetapi mempraktikan sihir itu berdosa. selain itu, isilah dada kita yang kosong ini dengan ilmu2 agama tidak kiralah ilmu apa pun kerana bidang agama itu sangat meluas.

   Masa juga adalah pembunuh umat islam ketika ini. andai kata kita ada masa yang sangat terhad, ini adalah kerana kita sibuk dengan urusan dunia, kita sibuk mencari perkara2 yang tidak perlu sehingga lah kita lupa akan urusan akhirat. kemanakah para CEO syarikat di masjid2? Di manakah muka2 artis kita di masjid? Adakah kamu menganggap kerja kamu itu sangat penting sehingga kamu sanggup melupakan perkara2 yang dituntut? Tapi jika kita mempunyai banyak masa juga sangat berbahaya jika kita tidak dapat memanfaatkan masa itu kerana Allah akan menyoal mu kelak di akhirat mengenai amalan2 kamu di masa lapang kamu.

sekian~

Tuesday, December 20, 2011

Ingat mati

  Ya Allah,
Aku takutkan mati,
Aku takut aku akan dimasukkan di dalam golongan yang mana,
sama ada golongan ahli syurga atau ahli neraka,
Aku rasakan aku tidak layak untuk masuk ke syurgamu,
kerana banyaknya dosa-dosaku,
Tapi ku tidak sanggup untuk masuk ke nerakamu yang panas membara,

Setiap jiwa akan merasa kematian,
cuma yang berbeza adalah masanya,
Malaikat Izrail sentiasa melihat kita 70 kali sehari
Adakah kita sudah cukup bersedia untuk mati?
Marilah kita bersama-sama muhasabah diri.

Oleh itu,
bekerjalah kita seolah-olah kita akan bekerja beribu tahun lagi,
dan beribadahlah kita seolah-olah kita akan mati esok.
Semoga kita mendapat keberkatan di dunia dan akhirat
Ya Allah,
Berikanlah aku khusnul khatimah,
janganlah kau berikan aku suulkhatimah,,,


Sunday, December 18, 2011

thats awesome :)

Eh , menarik la benda neyh .
Ana nak share .
Korang pun leh share kat sahabat sahabat lain gak la kannn ?
Ini pun copy paste dari FB . :)

***********************************************************************************

‎"Kenapa orang Islam sembah bangunan kain hitam tu?"

"Oh.... itu Kaabah atau nama lainnya Baitullah"

"Baitullah tu apa?" ...

"Secara terjemahan mudah maknanya Rumah Allah"

"Allah ada dalam tu?"

"Tak....."

"Jadi, kenapa sembah bangunan tu kalau Allah tak ada dalam tu?"

"Yang saya sembah bukannya bangunan tu.."

"Kamu sembah apa?"

"Saya sembah Allah swt"

"Jadi, kenapa sembah bangunan tu?"

"Saya MENGHADAP sahaja ke arah Kaabah tetapi saya tak sembah Kaabah.."

"Bukankah kamu sujud ke arah Kaabah, maknanya kamu sembah Kaabah la.."

"Kamu pernah tgk perlawanan bola dalam TV?"

"Pernah...... selalu.."

"Kamu tengok tv ke tengok perlawanan bola?"

"Tengok perlawanan bola la.."

"Di mana?"

"Dalam tv la.."

"Cuba buka tv tu, tengok di dalamnya ada stadium dan perlawanan bola ke tak.."

"Memanglah tak ada.. tapi itukan gambarnya ada.."

"Bukalah dalam tv, tengok ada ke tak gambar perlawanan bola dalam tu.."

"So..?"

"Maknanya kamu tengok tv, bukan perlawanan bola.. betul tak?"

"Tak.. aku tengok perlawanan bola la melaui tv tu.."

"Peliknya.."

"Sebab apa pulak pelik?"

"Ye la, kau cakap tengok perlawanan bola, sedangkan aku tengok dalam tv tu tak ada apa-apa.. yg ada hanya wayar je berselirat.."

"Memanglah dalam tv tu ada banyak wayar, tapi tv tu menayangkan gambar-gambar perlawanan bola dalamnya.."

"Hurm.. jadi tak peliklah ni..?"

"Ya.. tak pelik.."

"Jadi tak pelik jugalah aku sujud ke arah Kaabah untuk menyembah Allah swt. walau pun dalam Kaabah tak ada Allah.."

Friday, December 16, 2011

Siapakah Aku?

   Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum semua.
Apa khabar iman antum?
InsyaAllah,moga2 kita sentiasa berada di dalam maghfirah-NYA.
Hari ni sudah cukup 3 hari ana bergelar Al-KIS.
tapi apa yang telah ana buat?
sekadar makan,tido,main game,tengok movie,
memang berkualiti kan?

Tak dapat dinafikan,
ana rasa kosong.
rasa sangat2 kosong.
nak kata tak solat,
Alhamdulillah solat still terjaga.
nak kata tak dengar tazkirah?
Alhamdulillah masih istiqamah mendengarnya.
tapi kenapa ye?
ana takut.
takut apa?
memanglah takut Allah,
tapi takut akan masa depan.

Diri ana hanyalah insan biasa,
nak kata muslim,yes I am,
tapi nak kata mu'min,
wallahuaƔlam.
AKIDAH.
satu kata2 yang ringkas,
tapi amat sukar difahami.
diri ini terasa begitu hina,
ana bukanlah siapa2 di sekolah,
ana bukan BADAR,
ana hanyalah murid biasa yang sering memberontak.
orang kata biasalah,hati remaja,
tapi kan,itu bukan sebabnya.
ana rasa kosong sebab ana telah bazirkan masa 2 tahun tanpa apa2.
apa yang ana dapat kat KISAS?
hanyalah pelajaran semata2?

Ana menyesal.
gara2 EGO yang menggunung,
hati ini menjadi batu,
telinga menjadi tuli.
segala mutiara tidak dapat dikutip.
yang ada hanyalah PENYESALAN.

tapi,segalanya masih belum berakhir,
ini hanyalah PERMULAAN.