Ya Allah,
Aku takutkan mati,
Aku takut aku akan dimasukkan di dalam golongan yang mana,
sama ada golongan ahli syurga atau ahli neraka,
Aku rasakan aku tidak layak untuk masuk ke syurgamu,
kerana banyaknya dosa-dosaku,
Tapi ku tidak sanggup untuk masuk ke nerakamu yang panas membara,
Setiap jiwa akan merasa kematian,
cuma yang berbeza adalah masanya,
Malaikat Izrail sentiasa melihat kita 70 kali sehari
Adakah kita sudah cukup bersedia untuk mati?
Marilah kita bersama-sama muhasabah diri.
Oleh itu,
bekerjalah kita seolah-olah kita akan bekerja beribu tahun lagi,
dan beribadahlah kita seolah-olah kita akan mati esok.
Semoga kita mendapat keberkatan di dunia dan akhirat
Ya Allah,
Berikanlah aku khusnul khatimah,
janganlah kau berikan aku suulkhatimah,,,