Tuesday, December 20, 2011

Ingat mati

  Ya Allah,
Aku takutkan mati,
Aku takut aku akan dimasukkan di dalam golongan yang mana,
sama ada golongan ahli syurga atau ahli neraka,
Aku rasakan aku tidak layak untuk masuk ke syurgamu,
kerana banyaknya dosa-dosaku,
Tapi ku tidak sanggup untuk masuk ke nerakamu yang panas membara,

Setiap jiwa akan merasa kematian,
cuma yang berbeza adalah masanya,
Malaikat Izrail sentiasa melihat kita 70 kali sehari
Adakah kita sudah cukup bersedia untuk mati?
Marilah kita bersama-sama muhasabah diri.

Oleh itu,
bekerjalah kita seolah-olah kita akan bekerja beribu tahun lagi,
dan beribadahlah kita seolah-olah kita akan mati esok.
Semoga kita mendapat keberkatan di dunia dan akhirat
Ya Allah,
Berikanlah aku khusnul khatimah,
janganlah kau berikan aku suulkhatimah,,,


Sunday, December 18, 2011

thats awesome :)

Eh , menarik la benda neyh .
Ana nak share .
Korang pun leh share kat sahabat sahabat lain gak la kannn ?
Ini pun copy paste dari FB . :)

***********************************************************************************

‎"Kenapa orang Islam sembah bangunan kain hitam tu?"

"Oh.... itu Kaabah atau nama lainnya Baitullah"

"Baitullah tu apa?" ...

"Secara terjemahan mudah maknanya Rumah Allah"

"Allah ada dalam tu?"

"Tak....."

"Jadi, kenapa sembah bangunan tu kalau Allah tak ada dalam tu?"

"Yang saya sembah bukannya bangunan tu.."

"Kamu sembah apa?"

"Saya sembah Allah swt"

"Jadi, kenapa sembah bangunan tu?"

"Saya MENGHADAP sahaja ke arah Kaabah tetapi saya tak sembah Kaabah.."

"Bukankah kamu sujud ke arah Kaabah, maknanya kamu sembah Kaabah la.."

"Kamu pernah tgk perlawanan bola dalam TV?"

"Pernah...... selalu.."

"Kamu tengok tv ke tengok perlawanan bola?"

"Tengok perlawanan bola la.."

"Di mana?"

"Dalam tv la.."

"Cuba buka tv tu, tengok di dalamnya ada stadium dan perlawanan bola ke tak.."

"Memanglah tak ada.. tapi itukan gambarnya ada.."

"Bukalah dalam tv, tengok ada ke tak gambar perlawanan bola dalam tu.."

"So..?"

"Maknanya kamu tengok tv, bukan perlawanan bola.. betul tak?"

"Tak.. aku tengok perlawanan bola la melaui tv tu.."

"Peliknya.."

"Sebab apa pulak pelik?"

"Ye la, kau cakap tengok perlawanan bola, sedangkan aku tengok dalam tv tu tak ada apa-apa.. yg ada hanya wayar je berselirat.."

"Memanglah dalam tv tu ada banyak wayar, tapi tv tu menayangkan gambar-gambar perlawanan bola dalamnya.."

"Hurm.. jadi tak peliklah ni..?"

"Ya.. tak pelik.."

"Jadi tak pelik jugalah aku sujud ke arah Kaabah untuk menyembah Allah swt. walau pun dalam Kaabah tak ada Allah.."

Friday, December 16, 2011

Siapakah Aku?

   Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum semua.
Apa khabar iman antum?
InsyaAllah,moga2 kita sentiasa berada di dalam maghfirah-NYA.
Hari ni sudah cukup 3 hari ana bergelar Al-KIS.
tapi apa yang telah ana buat?
sekadar makan,tido,main game,tengok movie,
memang berkualiti kan?

Tak dapat dinafikan,
ana rasa kosong.
rasa sangat2 kosong.
nak kata tak solat,
Alhamdulillah solat still terjaga.
nak kata tak dengar tazkirah?
Alhamdulillah masih istiqamah mendengarnya.
tapi kenapa ye?
ana takut.
takut apa?
memanglah takut Allah,
tapi takut akan masa depan.

Diri ana hanyalah insan biasa,
nak kata muslim,yes I am,
tapi nak kata mu'min,
wallahuaƔlam.
AKIDAH.
satu kata2 yang ringkas,
tapi amat sukar difahami.
diri ini terasa begitu hina,
ana bukanlah siapa2 di sekolah,
ana bukan BADAR,
ana hanyalah murid biasa yang sering memberontak.
orang kata biasalah,hati remaja,
tapi kan,itu bukan sebabnya.
ana rasa kosong sebab ana telah bazirkan masa 2 tahun tanpa apa2.
apa yang ana dapat kat KISAS?
hanyalah pelajaran semata2?

Ana menyesal.
gara2 EGO yang menggunung,
hati ini menjadi batu,
telinga menjadi tuli.
segala mutiara tidak dapat dikutip.
yang ada hanyalah PENYESALAN.

tapi,segalanya masih belum berakhir,
ini hanyalah PERMULAAN.